Minggu ke-4 di BBM321
Pada minggu ke-4, kami memulakan kelas dengan sesi pembentangan setiap kumpulan mengenai hasil terjemahan perkataan "you" ke dalam bahasa Melayu dalam pelbagai konteks. Setiap kumpulan bekerja keras dan berjaya membentangkan dapatan mereka dengan baik. Aktiviti ini sangat menarik kerana kami dapat mempelajari pelbagai terjemahan "you" dalam bahasa Melayu melalui contoh-contoh ayat yang diberikan oleh setiap kumpulan, membuka pandangan baru dalam memahami konteks bahasa.
Comments
Post a Comment