Minggu ke-6 di BM321
Pada kelas dalam talian minggu ke-6, puan Nazhatulshima memberikan tugasan kepada kami untuk menonton video berkaitan topik Kelainan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Melalui video tersebut, saya dapat memahami dengan lebih jelas konsep analisis kontrastif antara kedua-dua bahasa ini. Analisis kontrastif ialah kajian perbezaan dan persamaan antara dua bahasa atau lebih, atau antara dialek-dialek. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti aturan yang dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing, terjemahan, dan linguistik sejarah atau perbandingan. Ianya juga m embantu penterjemah memahami persamaan dan perbezaan antara bahasa sumber dan bahasa sasaran, memudahkan proses terjemahan yang lebih tepat dan berkesan. Selain itu, analisis kontrasif terbahagi kepada tiga peringkat iaitu perbandingan peringkat kata, perbandingan peringkat frasa dan perbandingan peringkat ayat. Melalui penjelasan tiga peringkat ini, saya dapat mema...