Minggu ke-3 di BBM321
Pada minggu ke-3, Puan Nazhatulshima memberi kami tugasan berkumpulan. Kami ditugaskan untuk menterjemah perkataan "you" ke dalam bahasa Melayu dalam pelbagai konteks dan dialek. Saya berkumpulan dengan Farrisha, Safiyyah, Ateqah, dan Khaisah, dan sangat seronok mengerjakan tugasan ini bersama-sama. Melalui tugasan ini, kami mempelajari cara yang berbeza untuk menterjemah "you" ke dalam bahasa Melayu dalam pelbagai konteks. Memandangkan kelas kami terdiri daripada rakan-rakan dari pelbagai negeri, kami saling membantu memahami dialek unik dari setiap wilayah.
Sebagai kesimpulan, pembelajaran ini membantu kami menyedari bahawa satu perkataan dalam sesuatu bahasa boleh memiliki pelbagai makna yang berbeza bergantung kepada latar belakang budaya.
Comments
Post a Comment